Alumni Fund

The Alumni Fund helps to shape UUM today and tomorrow by providing critical funds used by the university leadership to meet the most pressing needs of the university and students. Your support helps the university respond to unexpected needs and ensures the university community remain large, diverse, and at the forefront of higher education. 

Give Now

Online Payment 

Congratulations

Alumni News

  • 1

UUM News

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15

News Archive

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

"IBU ADALAH SEGALANYA"

SSD ONLINE- 13 JAN: Delegasi dari Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD) diketuai Dekan Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak yang turut disertai oleh wakil UUMTV dan Wakil dari Pusat Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar, iaitu Encik Omar Ibrahim telah mengadakan ziarah ke rumah Zurina Ali di Kubang Rotan, Alor Setar. Zurina Ali ialah graduan program Kaunseling UUM yang tidak bekerja sejak menamatkan pengajiannya sejak Julai 2015 berikutan situasi ibu tercinta yang sakit akibat penyakit barah payu dara tahap empat sejak tahun 2004, beliau terpaksa berkorban dengan kelayakan yang dimiliki demi menjaga ibu tercinta.

“Ibu adalah segalanya”, itulah rumusan ungkapan yang bersesuaian dengan pengorbanan dan kegigihan graduan UUM ini untuk menjaga ibunya, tambahan pula ayahnya hanya bekerja sebagai pesawah ketika ditemui di Kampung Kubang Rotan, Alor Setar. Zurina merupakan antara graduan cemerlang program Kaunseling dengan CGPA 3.63 itu, akur dengan ketentuan ilahi dan berdoa agar kesihatan ibunya semakin baik. Jelasnya, sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai kerani akaun selama dua bulan dan terpaksa berhenti kerana khuatir dengan keadaan ibunya, walaubagaimanapun beliau berharap akan mendapat pekerjaan yang bersesuaian bagi membantu ibu dan keluarganya nanti.

Dekan dan delegasi turut memberikan peransang dan sokongan moral kepada pelajar berkenaan untuk terus cekal dan sabar dalam   menghadapi ujian daripada ilahi ini. Jelas Dekan lagi, ziarah yang diadakan ini adalah bertujuan sebagai menunaikan tanggungjawab sosial SSD kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi bekas pelajar SSD-UUM. Tambah beliau lagi, SSD akan terus mengadakan program sebegini untuk masa akan datang walaupun dengan kekangan tugasan hakiki di pejabat.Bagi mereka yang ingin pertanyaan lanjut untuk membantu atau menghulurkan bantuan boleh meng­hubungi Zurina di talian 013-5367626.

Alumni Centre

Alumni Centre,
Student Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4034 / 4035 / 4036 / 4037 
Fax : 04-928 4016
Email: alumniuum[at]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Thursday
08:00 - 17:00
Lunch Hour
13:00 - 14:00
Close
Friday - Saturday

 

Visitor Counter

Today4
Yesterday26
This week107
This month607
Total943